S
|
ekolah Kebangsaan Bagan Pasir
terletak di tepi jalan raya antara Teluk Intan dengan Bagan Datoh bersebelahan
Balai Polis Rungkup, iaitu kira-kira 32 km dari bandar Teluk Intan . Sekolah
ini pada mulanya dinamakan Sekolah Melayu Bagan Pasir dan telah didirikan pada
10 Mac 1923 di atas tanah simpanan kerajaan di Tebuk Haji Wahab Tengah oleh
orang kampung diketuai oleh Ketua Kampungnya Encik Endut. Bangunan
yang berukuran 30’ x 20’ ini diperbuat daripada kayu kayan hutan dan beratapkan
nipah menampung seramai 48 orang murid pada masa itu.
Bangunan sekolah ini telah runtuh pada 1928 dan
dibina semula oleh kerajaan pada 1929 di atas tapak sekarang, iaitu di tanah
kerajaan Lot 3444. Disamping bangunan sekolah ini tiga buah rumah guru juga
dibina. Bangunan kayu nibong dan atap nipah ini menampung seramai 110 orang
murid dan 4 orang tenaga pengajar.
Pada Jun 1939, kerajaan telah mendirikan sebuah
bangunan separuh kekal berukuran 105’ x 25’ beratap genting, berlantaikan simen
bagi menampung murid yang meningkat ke angka 160 orang pada tahun 1938.
Bangunan ini didirikan pada tahun
1939
Pada masa Pemerintahan Jepun sekolah ini dibuka
seperti biasa dengan Bahasa Jepun diutamakan. Jumlah muridnya 180 orang dengan
5 orang guru. Pada tahun 1946, persekolahan bagi murid Darjah 6 dimulakan,
dimana murid yang lulus diambil sebagai guru pelatih. Pasukan Pengakap juga
ditubuhkan pada masa itu. Sekolah ini dijadikan Pejabat Guru Pelawat pada tahun
1949. Pelajaran Bahasa Inggeris dimulakan pada tahun 1951 dan Kelas Urusan
Rumah Tangga diadakan pada tahun 1953. Bangunan tambahan sementara yang
didirikan pada tahun 1951 telah runtuh pada tahun 1958 dan telah dibina semula
oleh orang-orang kampung. Jumlah murid pada masa itu 350 orang orang dengan 11
orang guru.
Didirikan pada tahun 1956 dan
1958. Bangunan
ini telah dinaiktaraf pada tahun
1996
Pada 1 Mac 1956, kerajaan telah membina sebuah
bangunan cawangan berukuran 90’ x 25’. Bangunan ini mengandungi 3 buah bilik
darjah dan mula digunakan pada 1 Mac 1958 dengan 360 orang murid dan 12 orang
guru. Pada tahun 1957 sekolah ini dinamakan Sekolah Umum Bagan Pasir. Pada 1
Januari 1958 sebuah lagi bangunan cawangan dibina oleh kerajaan bagi
menggantikan bangunan sementara yang ada untuk menampung 450 orang murid dengan
12 orang guru. Ibu bapa pula telah mendirikan sebuah kantin sementara. Kelas
Pertukangan Kayu dengan 20 orang murid diadakan pada tahun 1959.
Sekolah ini terus maju dan bilangan muridnya meningkat
ke 454 orang dengan 19 orang guru pada tahun 1961. Sekolah ini telah dijadikan
Pusat Kursus Hisab dan Sains bagi Daerah Hilir Perak pada tahun 1971.
Pada 1 Jun
1978 kerajaan telah mendirikan bangunan kekal yang ada sekarang. Bangunan ini
telah digunakan pada 1 Ogos 1983 dan telah diramsikan oleh Y.A.B Menteri Besar
Perak pada 29 November 1983. Sekolah ini telah mendapat bantuan Rancangan Bank
Dunia bagi beberapa jenis peralatan sekolah. Sekolah ini telah dijadikan salah
satu dari Rancangan Pusat Sumber Daerah bagi Daerah Hilir Perak. Pada masa itu jumlah
muridnya dalah seramai 302 orang dan 16 orang tenaga pengajar. Sekolah ini juga
mempunyai seorang Kerani, Pelayan Pejabat, Tukang Sapu, Tukang Kebun dan Jaga.
Bangunan kekal yang ada sekarang
dibina pada 1978
Pada tahun 1991, sekolah ini mendapat peruntukan
daripada Y.A.B Menteri Pelajaran waktu itu sebanyak RM10000 bagi membina
gelanggang permainan serbaguna berukuran 110’ x 60’ pengurusan
PLB.Pada tahun ini juga Kelas Pra Sekolah diadakan di sekolah ini dan guru yang
pertamanya adalah Puan Zaharah bt.Hariri.
Pada
tahun 2000, sekolah ini mendapat bangunan tambahan berukuran 120’ x 20’ bagi menempatkan 4 buah bilik darjah di bawah pengurusan PLB.Pada tahun ini juga Kelas
Pra Sekolah diadakan di sekolah ini dan guru yang pertamanya adalah Puan Zaharah
bt.Hariri.
Pada
tahun 2000, sekolah ini mendapat bangunan tambahan berukuran 120’ x 20’ bagi menempatkan 2 buah bilik, sebuah bengkel
Kemahiran Hidup dan sebuah prasekolah.
Dibawah peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia
sekolah ini mendapat sebuah Makmal Komputer dengan 22 buah komputer di bawah
Program Pengkomputeran Sekolah Fasa I pada tahun 2000 di atas tapak rumah guru
dan telah diserahkan kepada pihak sekolah pada tahun 2002. Mulai 14 Februari
2005 Program J-Qaf telah dijalankan di sekolah ini dengan mendapat tambahan 3
orang guru agama.
Sebuah Pra Sekolah yang baru telah
dibina pada tahun 2007di bahagian belakang kantin dan telah digunakan pada sesi
persekolahan tahun2008 dan mendapat seorang lagi guru pra sekolah beserta
pembantu.
Dalam RMK9 sekolah ini mendapat satu
blok bangunan gantian bagi mengganti bangunan gotong-royong yang didirikan pada
tahun 1956yang telah uzur. Pembinaan bangunan ini bermula pada bulan Jun 2009
dan mula diguna pada 3 Januari 2011. Bangunan ini dilengkapi dengan sebuah
PejabatPentadbiran, sebuah bilik Guru Besar, tiga buah bilik Penolong Kanan,
sebuah Bilik Tetamu, Bilik Mesyuarat, Bilik Guru, bilik BBM, Makmal Sains,
Bengkel Kemahiran Hidup, Setor Sukan, Bilik BOSS, Bilik Muzik, Bilik Pemulihan
j-Qaf dan 2 unit Surau
Bangunan Pra Sekolah2 ( 2007 )
Bangunan Pra Sekolah2 ( 2007 )
Bagunan Gantian digunakan
pada sesi persekolahan 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan